Isnin, 31 Julai 2017

roti john


ROTI JOHN
roti john ini diperbuat daripada roti,sayur,sos cili,daging,sos lada hitam dan 






Isnin, 3 Julai 2017

Resepi Murtabak Maggi

RESEPI MURTABAK MAGGI 


Resipi  Murtabak Maggi. Resepi ini adalah resipi pada masa saya kecil dulu.. Idea untuk membuat Murtabak Maggi ini muncul apabila tidak mampu hendak membeli murtabak yang mahal.  Murtabak Maggi ni pernah satu masa dulu dijadikan juadah untuk berbuka puasa dan juadah untuk berbalas-balas di petang berbuka dengan jiran tetangga. Apa agaknya jiran-jiran saya fikir bila kami hadiahkan mereka dengan sepinggan Murtabak Maggi.

Bahan-bahan
1. Maggi Perisa Kari.
2. Telur 2 biji untuk sebungkus Maggi
3. Bawang merah, potong halus
4. Cili hijau / merah untuk yang suka pedas
5. Sosej potong dadu
6. Daun Sup

Cara-cara
1. Rendam Maggi di dalam air panas sehingga lembut. Angkat dan toskan air.
2. Pukul telur sehingga kembang, masukkan bawang, cili, sosej dan daun sup. Kacau lagi.
3. Masukkan Maggi ke dalam telur dan bahan-bahan yang dicampurkan bersama tadi.
4. Gaul sehingga semua bahan kelihatan mesra dan tidak malu-malu bergandingan bahu bersama.
5. Panaskan minyak dalam kuali. 
6. Gorengkan Maggi tersebut. Bentukkan seperti membuat telur dadar. Boleh goreng dalam kuantiti kecil ataupun masukkan kesemua adunan tadi sekaligus. Bergantung kepada anda.

Senang tak? Senang kan? Asyik makan Maggi kuah dan goreng saja. Boring jugak kan. Sekali sekala kita kasi renovate sikit Maggi tu.